"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia, mengapalah hidup saya tak seberuntung dia. Mengapalah saya dilahirkan miskin begini..." Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri & mengagumi kelebihan yang ada pada orang lain.
Sebagai seorang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sgt ujian-Nya kalau nak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang sedar atau tak, yang pasti tak mampu dibilang oleh manusia.
Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati rahmat-Nya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.
Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada setiap manusia sudah ada bahagian masing2 yang dikurniakan Allah. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.''
(Riwayat Bukhari)
Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersikap sentiasa bersyukur di samping berusaha dan sabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Hayatilah firman Allah yang bermaksud,
"Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui."(Surah al-Baqarah : 216)
Very good entry~ dh lumrah manusia, mesti ada salah silap, kena bljr accept kan..hehe kdg2 tak sabar je..InsyaAllah nk Ramadhan ni kan..moga2 iman masing2 bertambah..ameen.
ReplyDeleteamin..tq..Allah itu Maha Adil, jd kta kn bsyukur dgn pe yg ada..harap kta sm2 dpt meningkatkan amal ibadat terutamanya di bulan ramadhan yg mulia nie...InsyaAllah..:)
ReplyDeleterencana Allah tiada siapa yg tahu. bersyukurlah kerana akan sentiasa ada orang yg lebih malang drp kita ...
ReplyDelete