Pages

Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan - Ubah Sikap


Cepatnya masa berlalu, "pejam celik pejam celik" Ramadhan muncul kembali memberi banyak syafaat kepada semua umat islam di seluruh dunia. Saya percaya setiap manusia mempunyai kekurangan / kelemahan masing-masing, jadi apa salahnya kita sebagai umat islam bermuhasabah diri  dan menilai balik diri kita untuk sama-sama memperolehi keberkatan & keredhaan 
Allah s.w.t 
Check balik adakah anda mempunyai beberapa sikap negatif berikut:
  • Malas dalam segala hal 
  • Kuat Tidur
  • Suka bohong / menipu 
  • Suka mengumpat
  • Membuang masa
  • Mudah marah
  • Derhaka kepada ibu bapa (menengking / meninggikan suara)
  • Suka merungut
  • Riak, sombong & memandang rendah terhadap orang lain 
  • Pentingkan diri sendiri
  • Berprasangka buruk
  • Mudah putus asa
  • Takut pada kenyataan
  • Dan lain-lain
Jika betul, cuba kita secara perlahan-lahan mengubah sikap di bulan yang penuh barakah ni kepada sikap positif berikut :
  • Rajin berusaha
  • Kuat beramal ibadat
  • Ikhlas dan Jujur
  • Sopan berbicara 
  • Suka membuat perkara kebaikan (Menambah ilmu, bersedekah dsb) 
  • Bersabar
  • Menghormati ibu bapa
  • Bersyukur seadanya 
  • Rendah hati, prihatin
  • Saling membantu dan mendoakan sesama insan
  • Bersangka baik / Berfikiran positif
  • Tidak mudah putus asa dan bersemangat
  • Hadapi kenyataan dengan tenang
Memang sikap macam tu agak sukar untuk diubah dan dianggap remeh bagi sesetengah masyarakat kita sekarang. Hal ni sebab sikap negatif dah sebati dalam kehidupan seharian. Saya akui, saya juga tak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Jadi saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri dan juga para pembaca sekalian untuk sama-sama berusaha dan sabar dalam membuat "Anjakan Paradigma", iaitu mengubah sikap-sikap negatif kepada sikap-sikap positif, agar diri kita lebih dihargai, disayangi oleh masyarakat dan yang paling penting diredhai oleh Allah s.w.t...

Tanamkan niat, tekadkan diri serta berdoa agar kita diberi kekuatan untuk mengubah sikap ke arah yang baik-baik belaka. Semoga perubahan ini tidak hanya tertumpu pada bulan Ramadhan saja, tapi perlu beristiqamah, berkekalan selamanya, InsyaAllah..... Tuhan akan sentiasa bersama kita...selamat beramal!





2 comments:

  1. yg kuat tidur tu terbalik ... skunk ni da selalu tido .. hahha

    ReplyDelete
  2. yeke? agaknya letih sgt berpuasa tu.. hehehe :)

    ReplyDelete