Dulu masa zaman sekolah saya tak kenal pun laman sosial, tak didedahkan dengan internet dan teknologi terkini. Nak pegang handphone dan komputer riba jauh sekali la nak kena tunggu sambung belajar baru boleh dapat. Dulu nak call member-member pakai telefon rumah, tak pun cari public phone nak 'bergayut' la katakan. Tapi tak tinggi-tinggi pun... habis duit syiling yang parents i bagi masa sekolah.
Tapi sekarang nie dah advance, bertuahnya anak-anak zaman sekarang. Semua teknologi boleh didapati dengan mudah. Ibu bapa pun tak kisah asalkan dapat mengikuti arus kemodenan negara, bijaknya anak kita kan, tak gitu?
Memang bagus kalau kita nak merasai nikmat kemajuan negara, rugila kalau tak gunakan kemudahan yang ada ni. Nanti dikatakan kolot or "katak di bawah tempurung pula" sebab tak explore sendiri. Tapi sejauh manakah teknologi media cetak dan elektronik memberi kesan terhadap akhlak dan peribadi anak-anak masa kini? kalau dari segi kepakaran memang baik punya! sebab mereka tau memanfaatkan teknologi ni sebaik mungkin. Sampai lebam mata menghadap komputer riba kan. Takpe saya faham sebab mereka terlalu sibuk dalam 'mencari ilmu dan memberi ilmu' di ruangan sosial. Memang sangat bagus...
Kalau ke arah kebaikan, Alhamdulillah tak salah, tapi macamana pula kalau mereka lebih terdorong ke arah kemaksiatan, kelalaian dan keburukan? parah tu.
Samala dengan rancangan-rancangan hiburan sekarang makin hebat. Ditambah pula dengan cerita-cerita atau movie yang lebih ganas dan cintan-cintun dikalangan belia. Mereka lebih terdorong untuk merasai 'nikmat cinta' yang kononnya boleh memberi kebahagiaan mengisi jiwa yang kosong. Akibatnya, banyak kes jenayah berlaku seperti buang bayi. Tak salah kalau kita nak berhibur untuk 'relax' kan diri dan menenangkan minda yang kusut lagi musut ni (merapu dh). Tapi biarlah berpada-pada. "Tepuk dada tanya iman", habis kalau iman takde nak tanya apa ek?? hati yang keras?...teeett
Tidak kurang juga dengan rancangan-rancangan keagamaan yang kini makin rancak diperdengar dan dipertontonkan, syabas saya ucapkan dan diharap ianya berterusan. Kerana jiwa muda seperti saya dan rakan-rakan yang lain memerlukan pengisian spiritual yang lebih tenang dan benar. Kami juga insan yang lemah, tidak sempurna, sebab itulah kami memerlukan kekuatan untuk memperbaiki diri menjadi insan mulia melalui dorongan rancangan tersebut.
Melalui pemerhatian saya, kekadang ibu bapa tidak menitikberatkan pendidikan spiritual iaitu mencintai Allah melebihi segala-galanya. Apatah lagi jika manusia dididik dalam sistem sekularisme yang memisahkan urusan dunia dan agama. Bayi yang dilahirkan adalah seperti kain yang suci lagi bersih dan perlu dibentuk sejak kanak-kanak lagi dengan budaya islam. Bukannya dibentuk melalui kebesaran dunia, materialisme berbanding kebesaran Allah. Ditambah lagi oleh budaya hedonisme dan liberalisme yang sentiasa didengar, dilihat dan ditonton. Apa lagu yang didengar? Apa filem yang ditonton? Apa majalah yang dibaca? Bentuk atau jenis cinta apakah yang lebih dinikmati? Ya, bukan cinta Allah tetapi cinta selain-Nya!
Bak kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, "Setiap manusia mempunyai satu hati, bukan dua, tiga mahupun empat dan lima...eh terlebih pula. Apabila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul dalam satu hati. Hanya satu cinta yang bertakhta dalam satu jiwa. Apabila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!".
Jadi sesiapa yang rasa dirinya islam or lebih tepat lagi dalam kad pengenalannya Islam, tanamkan dalam diri bahawa kita memang wajib mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya. Kemudian baru mencintai ibu-bapa, suami or isteri, anak-anak, saudara-mara dan diri kita sendiri. Sekian, Wallahu a'lam.
P/S : Generasi masa kini adalah penentu masa hadapan
selamat berpuase...marina datang bacer sini..salam perkenalan :-)
ReplyDeletewww.marinafazli.blogspot.com
Selamat berpuasa juga & salam perkenalan. Terima kasih kerana dtg sini, sm2 kta kongsi info bsama :)
ReplyDeletemmg zmn skrg lebih ptgkan keduniaan. bnyak sgt hiburan yg melalaikan. mau iman x goncang.huhu,smoga diorg cpt insaf =)
ReplyDeleteBest entri ni. Cinta Allah msti diutamakan,perlu dberi kesedaran pada anak2 skrg..
ReplyDeleteHondariz : btul2..iman kn sntiasa dibajai dgn taqwa, klu x hanyut ler =)
ReplyDeleteNurul Iman : kesedaran perlu bermulanya dari rumah kan? then baru pihak lain. bnyak sgt pengaruh luar
entri yg menarik! :)
ReplyDeletehttp://www.alyaesprezzo.com/2011/08/kucing-pun-pandai-bagi-tips.html
Alya Esprezzo & Fahmie Firas : sy dh follow anda berdua.Thanks,salam perkenalan :)
ReplyDeletenice entri.Hope kita masih m,dpt perlindungn dariNya. Amin.
ReplyDeleteAbe Goreng : Amin.. smoga kta sntiasa berusaha menambah amal ibadat kita. Thanks =)
ReplyDelete