Pages

Tuesday, August 16, 2011

Transformasi Ruffedge

Mungkin ramai orang dah tahu beberapa artis Malaysia yang popular dah berhijrah ke jalan Allah. Tapi saja ja saya nak ketengahkan balik pasal cerita ni untuk dijadikan panduan buat kita semua. Saya boleh terpikir nak post tentang ni sebab tengok rancangan "Ini Kisahku" di Tv9 baru-baru ni yang ditayangkan setiap hari rabu dan khamis jam 6.30pm. Saya agak kagum dan insaf bila tengok artis-artis kita yg dah berubah. Alhamdulillah. Yang lain bila lagi ek? harap Allah bagi hidayah la sebelum dijemput Ilahi.

Antara artis yang mendapat petunjuk Allah ialah Amer Munawer bekas ahli Kumpulan Ruffedge yang dulunya popular dengan lagu 'Tipah Tertipu' dan 'Bila Rindu'. Dulu saya layan je lagu diorang dan tak boleh lupa bhgn chorus tu "tipah tetipu tetipu tipu tetipah 2x, tipah tertipu lagi!" opss.. terlajak pula nyanyi. 

Balik pada cerita asal, yang bagusnya Amer ni boleh mengajak rakan-rakan artisnya untuk bersama menuju jalan kebenaran, iaitu Azan (Ruffedge), Lah & Zaf (V.E) yang terkenal dengan lagu 'Pop ye ye' dan juga Pot (Innuendo), pemes dengan lagu 'Belaian Jiwa'. Mereka bergabung menjadi kumpulan kerohanian yang dinamakan Al-Mawlid. Saya pasti korang dah tau pasal kumpulan nie. Bila dengar lagu diorang Cahaya Seluruh Alam  dan juga lagu single Amer Seluruh Mahabbah rasa 'touching' giler 'in the bottom of my heart'...eceh..    



Subhanallah, betapa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana masih memberi peluang buat diri mereka untuk kembali ke pangkal jalan dan mendalami ilmu agama. Dalam rancangan Ini Kisahku Amer Munawer, saya suka dia cakap begini "Sebagai muslim, hidup dan matlamat sebenar kita adalah mengenal Allah, tapi bila kita duduk dikalangan orang yang tidak memperingatkan diri kita tentang Allah, jadi kita pun terlupa sebab kita memang manusia yang terlupa." perghh, ayat baik punya! Memang betul apa yang diperkatakan, banyak perkara yang kita lakukan adalah untuk sia-sia mengikut nafsu semata-mata dan bukannya kerana Allah. 


Jadi saya harap kita semua dapat mengikuti jejak langkah mereka sebelum menghembusnya nafas terakhir, takut-takut bekalan untuk akhirat ni takde langsung. Nauzubillah...
Rebutlah peluang ramadhan yang ada ini untuk menghapus dosa dan memperolehi pahala yang berlipat ganda. Tinggal seminggu lebih je lagi untuk merasai nikmat ramadhan sebelum ianya berlalu pergi. rugi ooO.. 

Sebelum saya tutup catatan saya ni, saya nak paparkan gambar-gambar sopan dan manis bagi artis wanita yang membuat penghijrahan memakai jilbab iaitu Catriona Ross, Farah, Wardina dan Irma Hasmie.   


Ada ramai lagi artis lain yang membuat penghijrahan ke jalan Allah, tapi saya hanya mampu paparkan yang nie jek..Sekian, Wallahu a'lam.


 "Kematian hati seseorang itu dapat diketahui 
ketika ia meninggalkan ibadah, 
senang melakukan dosa, 
tidak peduli dengan sebutan yang buruk, 
merasa aman dari kemurkaan Allah dan 
mencela orang-orang yang soleh."
                                     Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

11 comments:

  1. subhanallah, sejuk hati sy tgk muka diorg :)

    ReplyDelete
  2. hidayah sudah sampai. alhamduliilah. untunglaa meraka :)

    ReplyDelete
  3. :) suka tengok artis2 yg dah berubah ni...
    tmbah ruffedge tu kan..

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. al_hakim : yup mereka terpilih. msih ramai lg org d luar sana yg belum terpilih

    Nurul Iman : saya pun sejuk mata hati tgk diorg, untungnya...hehehe

    amirulspurs : Alhamdulillah..Moga2 ianya berterusan & menarik lbih ramai org mjdi spt mereka. Amin

    cik Nurulzaty : btul3, mcm x pcaya je kan. Allah akan bg hidayah kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya. tak kira la dia tu sapa pun.Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah, bersykur mereka ni da mndpt hidayah utk berubah kpd yg lebih baik..smoga kte pon ambil pengajaran juga :)

    ReplyDelete
  6. asnizaziz : ye,kta pun sama2 kna memperbaiki diri & ambik pgajaran yg baik. InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,dan yang lagi lama adalah azmir pelakon yg dulunya berlakon dlm filem Ali Setan,cerita famous satu masa dulu tapi skarang dh tuntut ilmu agama sampai ke syria..

    ReplyDelete
  8. Sumaiyah : bgusnya kalau kita dpt melihat lbih ramai artis buat penghijrahan. mcm azmir yg su ckp tu smpai ke Syria dia p ek? gua'tabik spring'la =)

    ReplyDelete
  9. yup,mmg betul,ini sy dengar sndri melalui pengalaman ustaz yg beri tazkirah,yg pernah terserempak beliau di Syria..katanya menuntut ilmu agama..

    ReplyDelete